SOALAN LAZIM

1. Adakah produk AG2000 dihasilkan dari GAMAT?
Ya, tetapi tidak kesemuanya. Produk AG2000 yang mempunyai sifat-sifat penyembuhan yang berasakan gamat adalah Komplek Vita Kulit, Anti penuaan, Serum Pelembap& Penegang Kulit & Esens Perangsang Kulit. Produk yang selainnya tidak mengandungi ektrak gamat tetapi mengandungi ektrak marin dan tumbuhan.


2. Adakah produk ini boleh menyebabkan kesan pengelupasan seperti produk-produk yang berada dalam pasaran sekarang?
Produk AG2000 dihasilkan menggunakan “Advance Technology”, yang mana ianya dapat merangsang kulit dari segi penyembuhan secara selamat dan berkesan. Ianya dihasilkan menggunakan Teknologi Pengelupasan Mikro yang mana tidak akan menyebabkan kesan sakit atau parut pada kulit wajah. AG2000 hanya menghasilkan pengelupasan mikro (pengelupasan kulit secara halus) yang mana ianya lebih kepada membuang sel-sel kulit mati.


3. Adakah semua produk ini mengandungi kandungan AHA?
Tidak! Kami tidak mempercayai penggunaan AHA didalam produk penjagan kulit kerana berdasarkan penyelidikan & pembangunan (R&D) dari “Skin Scientist” di London menunjukkan bahawa penggunaan AHA berterusan melebihi 1 tahun terutamanya kepekatan yang tinggi melebihi 8% akan mencederakan lapisan luar kulit ( stratum korneum). Produk AG2000 bebas dari bahan kimia aktif.


4. Adakah ia mengandungi hidrokuinon?
Tidak! Penggunaan bahan kimia hidrokuinon boleh menyebabkan kanser kulit, merangsang sensitif pada kulit dan boleh menyebabkan kesan sidrom yang dipanggil OCHRONOSIS ( penambahan jeragat yang luar biasa)


5. Adakah akan menyebabkan kesan sampingan seperti penambahan jeragat dan jerawat apabila pengguna memberhentikan penggunaan produk?
Tidak! Produk AG2000 sangat selamat. Ia merupakan Sistem Penjagaan Kulit Saintifik. Ia harus digunakan mengikut nasihat dari pakar penjagaan kulit AG2000 sahaja. AG2000 Aestitician Siri dapat menambahkan system keimunan kulit yang mana dapat menghalang kerosakan kulit seperti iritasi, kulit sensitif dan kanser kulit.


6. Mengapakah produk ini mahal?
Ini kerana ia menggunakan ramuan atau kandungan bahan bioteknologi seperti egf (faktor pertumbuhan epidermis) yang mana dapat menggiatkan pemulihan lapisan sel luar kulit secara semulajadi dan semua kandungannya di import dari syarikat pharmaceutical di USA dan Eropah.


7. Sebagus manakah produk AG2000 berbanding kebanyakan produk yang berada dalam pasaran sekarang?
AG2000 adalah unik. Kami menjual produk berasaskan konsep dan falsafah. Apabila pengguna menggunakan produk ini setiap hari dan menggunakan konsep kami ia akan menghasilkan kulit wajah yang berseri dalam tempoh yang singkat tanpa mengira jenis kulit anda.


8. Sejauh manakan perbezaan AG2000 berbanding produk kecantikan mahal yang berada dalam pasaran sekarang?
AG2000 berbeza dari produk lain yang berada dalam pasaran sekarang kerana ia berasaskan konsep membersih, merawat, memberi vitamin dan melindungi. Falsafah AG2000 ialah meningkatkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan pada kulit.


9. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk melihat kesan selepas menggunakan AG2000?
Sangat penting untuk memahami patologi (ilmu kaji penyakit) dan falsafah kulit. Jika kulit itu jenis ‘Virgin’ ( kulit yang tidak pernah mengalami proses pengelupasan), kesannya lebih cepat. Jika kulit ‘Non-Virgin’ (kulit yang pernah mengalami proses pengelupasan), akan mengambil sedikit tempoh untuk melihat perubahannya. Ag2000 khasnya dihasilkan sebagai siri rawatan kecantikan tidak seperti kebanyakan siri rawatan kecantikan berjenama yang lain yang hanya mengekalkan sahaja.Walau bagaimana pun jika digunakan secara baik dan teratur seperti yang diarahkan, sistem penjagaan ini boleh digunakan untuk mengekalkan sistem penjagaan kulit untuk kehidupan.


10. Mengapa kulit orang asia mudah di pengaruhi oleh kerosakan dari produk penjagaan kulit & kosmetik?
Tidak dilindungi dan menggunakan SPF yang tidak sesuai dan berminyak.
Penggunaan krim siang / malam akan menjadikan kulit lebih berminyak, membesarkan liang roma dan menjadikan kulit lebih mudah dipengaruhi dengan kemunculan bijian minyak terutamanya disekitar mata.
Penggunaan (AHA) & Hidrokuinon secara berlebihan yang mana mengakibatkan pengelupasan pada kulit , meninggalkan parut dan penambahan jeragat yang luar biasa.
Kekurangan vitamin pada kulit yang mana sebagai sistem penjagaan kulit yang tinggi kualitinya tidak terdapat didalam pasaran tempatan kerana ia mungkin mengambil kos yang tinggi dan tiada pakar yang dapat menguasainya sepenuhnya.
Kekurangan khidmat nasihat yang baik dan pakar kecantikan kulit atau kosmetik.


11. Mengapa perlu menggunakan produk kosmetik untuk melindungi kulit apabila seseorang itu mempunyai kecantikan kulit semulajadi?
Apabila menggunakan produk AG2000, anda boleh mengabaikan menggunakan mekap asas atau bedak padat kerana MULTISPHERE SUNSCREEN merupakan produk yang dapat menutup , merawat & melindungi kulit wajah anda. AG2000 satu-satunya produk yang sangat tinggi pencapaiannya/mikro peeling teknologi dan sangat murah dengan mengambil kira pada keperluan teknologi yang disediakan.
AG2000 selamat digunakan dan sangat berkersan.
Puff pembersih muka (Facial Cleansing Puff) menawarkan anda pilihan untuk membersihkan wajah yang mana anda tidak perlu untuk menggunakan toner apabila selesai membersihkan muka malah jika anda berdiri dihadapan cermin sekali pun anda dapat membersihkan muka tanpa sebarang kesulitan.
Tekstur kulit yang normal dapat dilihat dengan jelas dari permulaan apabila anda selesai menghabiskan set yang pertama, ia juga bergantung kepada jenis kulit anda.